Monday, November 05, 2007

SUMBANGAN HARI RAYA

Unit Bina Insan telah menganjurkan Majlis Sumbangan Hari Raya bersempena dengan sambutan hari raya yang bakal menjelang,. Penerima sumbangan adalah dari kumpulan pelajar yang miskin dan anak-anak yatim. Semoga dengan sumbangan ini dapat menceriakan lagi sambutan hari raya dan diharapkan di masa-masa akan datang akan lebih lagi sumbangan yang dapat disalurkan.

MAJLIS KHATAM AL-QURAN


Sepanjang bulan puasa yang lalu, beberapa orang pelajar telah dipilih untuk menyertai program khatam Al-Quran anjuran Unit Bina Insan SMK Pekan. Sempena meraikan mereka yang terlibat, satu majlis ringkas telah diadakan untuk semua pelajar yang terlibat sempena tamatnya program tersebut. Majlis diserikan dengan kehadiran Tuan Pengetua, Tn Hj Aidun bin Talib dan seterusnya bersama-sama berbuka puasa dan menunaikan solat Maghrib berjemaah.

MAJLIS RESTU ILMU


Bersempena dengan peperiksaan PMR yang bakal menjelang, satu Majlis Restu Ilmu untuk calon-calon PMR telah diadakan pada 28 September yang lepas. Dikesempatan ini, guru-guru tingkatan 3 memberikan beberapa amanat dan panduan sebagai persediaan untuk peperiksaan sebenar kelak. Semoga keputusan peperiksaan kali ini lebih baik dari sebelumnya.

LAWATAN KE PAHANG FM


Kelab Radio SMK Pekan telah mengadakan lawatan sambil belajar ke RTM Pahang khasnya Pahang FM pada 12 September yang lalu untuk mempelajari bagaimana stesen radio yang sebenar beroperasi. Banyak pendedahan dan pengetahuan baru yang dipelajari kepada semua DJ-DJ sekolah yang sebahagian besarnya masih di menengah rendah. Semoga dengan pendedahan sebegini dapat menggalakkan mereka untuk bergiat serius dalam bidang penyiaran pula.

KEM ADK


Seramai 10 orang pelajar SMK Pekan telah terpilih menyertai Kem ADK anjuran Agensi Dadah Kebangsaan (ADK) daerah Pekan pada 5 September yang lalu di Taman Endau-Rompin. Kem selama 3 hari ini melibatkan sekolah daerah Pekan. Antara aktiviti yang dijalankan adalah mendaki, berjalan malam dan ikhtiar hidup. Semoga kem sebegini dapat memupuk budaya sihat dikalangan pelajar dan mengelakkan dari terjerumus ke lembah najis dadah.

JAMBORI PENGAKAP

Jambori Pengakap peringkat negeri Pahang telah diadakan pada 5 hingga 9 september di Kem Tengku Mahkota, Jengka. Seramai 7 orang pelajar SMK Pekan telah mewakili daerah Pekan dalam Jambori kali ini. Wakil SMK Pekan telah berjaya memenangi pertandingan isyarat bendera. Banyak aktiviti-aktiviti pengakap yang telah dijalankan dan diharap dapat dimanfaatkan di masa-masa akan datang.

MOTIVASI KELAB UMNO


Pelajar-pelajar Universiti dari luarnegara mewakili Kelab UMNO luarnegara telah mengadakan program motivasi untuk pelajar-pelajar tingkatan 3 & 5 selama sehari di sekolah kita. Program yang ringkas tapi padat ini amatlah baik dan mendapat respon yang baik dari pelajar yang terlibat. Selain berkongsi berkongsi pengetahuan dan pengalaman, pelajar didedahkan untuk meneroka potensi diri untuk memperbaiki lagi diri sendiri. Semoga segala apa yang diperolehi dapat dimanfaatkan.

MINGGU SEJARAH


Sempena sambutan kemerdekaan ke 50 negera, panatia sejarah telah menganjurkan minggu sejarah bagi menyemarakkan sambutan kali ini. Antara aktiviti yang telah dijalankan adalah pertandingan kuiz, deklamasi sajak, pentomin dan pertandingan nyanyian lagu-lagu patriotiotik. Semoga dengan adanya aktiviti-aktiviti sebegini dapat memupuk lagi semangat cintakan negara dan menghargai nilai kemerdekaan yang kita kecapi selama 50 tahun ini.

PELANCARAN SAMBUTAN KEMERDEKAAN


Tuan Pengetua, Tuan Hj Aidun bin Talib telah melancarkan sambutan perayaan kemerdekaan peringkat sekolah pada 17 Ogos yang lalu. Majlis yang diserikan dengan pendeklamasian sajak, penceritaan tokoh kemerdekaan dan persembahan nyanyian lagu-lagu patriotik. Majlis diakhiri dengan acara menanam pokok sebagai simbolik sempena sambutan kemerdekaan Negara kali yang ke 50.