Tuesday, August 21, 2007

LAWATAN KE KUALA LUMPUR


Pada 8 dan 9 Ogos yang lalu. satu lawatan sambil belajar ke Kuala Lumpur dan Selangor anjuran Unit Kaunseling telah dijalankan yang melibatkan seramai 40 orang pelajar dan 4 orang guru pengiring. Antara tempat-tempat yang dilawati ialah Wisma FELDA, Menara Kuala Lumpur, Menara Berkembar PETRONAS, Pasar Seni, Putrajaya dan Sri Pentas. Semoga lawatan sebegini dapat memberikan satu pengalaman yang berguna selain dapat meluaskan lagi pengetahuan.

MAJLIS TITISAN ILMU


Buat kali yang kedua pada tahun ini, Majlis Titisan Ilmu diadakan pada 3 Ogos yang lepas . Jika Majlis Titisan Ilmu yang pertama dahulu membolehkan ibu bapa dan penjaga berbincang mengenai pencapaian pelajar pada Ujian Febuari, majlis kali ini membolehkan para penjaga menilai kembali prestasi anak mereka pada peperiksaan pertengahan tahun yang lalu terutama sekali kepada pelajar-pelajar tingkatan 3 yang bakal menduduki peperiksaan percubaan dan PMR yang tidak berapa lama lagi. Sambutan dari ibu bapa adalah sederhana. Di harapkan di masa akan ibu bapa dapat memanfatkan peluang sebegini untuk berbincang dengan guru-guru anak masing-masing untuk meningkatkan lagi prestasi akademik mereka.

SUKAN SEKOLAH


Sukan sekolah buat kali 2 diadakan pada 30 Julai yang lalu. Selepas sepanjang minggu diadakan acara sukan secara berperingkat-peringkat, acara kemuncaknya telah dilangsungkan dengan jayanya. Sukan sekolah pada kali ini telah dirasmikan oleh Tn Hj Mohd Isa bin Awang Chik, Ketua Penolong Pegawai Daerah Pekan. . Tahniah kepada rumah biru kerana berjaya mengungguli kejohahanan kali ini .Beberapa atlit yang berpotensi dapat dikenalpasti dan boleh diketengahkan dan diharapkan dapat memberikan sumbangan yang bermakna kepada sekolah di masa akan datang

KARNIVAL PEMBANGUNAN SUKAN


Sekolah kita telah menjadi tuan rumah kepada Karnival Pembangunan Sukan yang dijalankan di padang sekolah pada 29 Julai yang lepas. Dalam kejohanan kali ini, sekolah kita berjaya memperolehi 3 Emas dalam acara 4X100 perempuan, 4X400 perempuan dan 1500 Meter Perempuan. 2 Perak dalam acara 400 Meter Perempuan dan Lompat Tinggi perempuan dan 1 Gangsa dalam acara 4X400 Meter lelaki. Tahniah kepada semua atlit yang telah berjaya menyumbangkan pingat dan yang terpilih mewakili daerah dalam peringkat seterusnya.

KEM WARTAWAN MUDA


4 orang pelajar Tingkatan 4 Arif telah dipilih menyertai Kem Wartawan Muda anjuran Kolej IKIP Kuantan bermula pada 20 Julai yang Lepas. Nurul Aishah, Suhadah, Nur Syahmi dan Khairul Izlan didedahkan dengan teknik-teknik asas kewartawanan seperti penulisan , fotografi dan grafik. Diharapkan pengalaman yang berguna ini dapat dimanfaatkan di masa-masa akan datang.

HARI PENGAWAS


Buat julung kalinya, barisan pengawas SMK Pekan telah mengadakan Hari Pengawas pada hari sabtu, 7 Julai yang lalu. Antara aktivii yang di jalankan adalah sukaneka, barbeque dan persembahan pentas. Tujuan diadakan hari pengawas ini adalah untuk mengeratkan lagi hubungan sesama pengawas di samping dapat membantu meningkatkan lagi mutu kerja semasa melaksanakann tugas. Pn Sharipah Zaherah selaku penasihat badan pengawas juga menyampaikan beberapa amanat penting dan berguna kepada semua. Majlis dirasmikan oleh GPK 1, Tuan Haji Sheikh Al-Kasimi dan berakhir kira-kira jam 2.30 ptg.

MEMASAK MAGGI


Nasi Beriani Pawana Maggi, Kari Ayam Mustika IDEAL, Yogart buah-buahan istimewa NESTLE & Koktail buah-buahan panca asmara merupakan menu yang dipersembahkan oleh pasukan memasak sekolah dalam pertandingan memasak anjuran MAGGI bersempena Karnival Ko-kuria Vokasional & Teknologi daerah Pekan yang diadakan di SMK Seri Pekan pada 4 Julai yang lepas. Pasukan sekolah telah berjaya menduduki tempat ke-4 dari 9 pasukan yang bertanding dalam penyertaan kali pertama ini.

LAWATAN KE MUZIUM SG LEMBING


Persatuan Sejarah telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Muzium Sg Lembing, Kuantan pada 3 Julai yang lepas. Rombongan adalah seramai 40 orang pelajar yang diketuai oleh Cikgu Sharipah dan Cikgu Mohamad . Pelajar didedahkan dengan sejarah-sejarah lampau dan bahan-bahan artifak yang terdapat di dalam Muzium. Diharapkan aktiviti sebegini dapat diteruskan dimasa-masa akan datang.

GOTONG-ROYONG PERDANA


Satu gotong-royong perdana telah diadakan pada 30 Jun yang lepas. Ini merupakan tahun kedua diadakan aktiviti sebegini. Pelajar dan guru-guru dipecahkan kepada beberapa kumpulan dan ditugaskan membersihkan kawasan-kawasan tertentu. Antara kawasan yang terlibat ialah bilik guru, pejabat, pusat sumber, kafeteria, surau dan tandas. Kerjsama dan komitmen yang diberikan oleh semua pihak amatlah baik dan di alu-alukan. Semoga dengan aktiviti sebegini, dapat menceriakan lagi sekolah dan seterusnya dapat menyediakan suasana yang kondusif untuk pembelajaran.